Goddestination

Al-Waaqia

Al-Waqi'ah

Peristiwa

96 ayahsMeccanBahasa Melayu

Now playing Watch on YouTube

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

Bismi Allah ar-rahmani Ar-Rahim

  1. 1 إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ

    iza waqati Al-Waqi'ah

    Apabila berlaku hari kiamat itu,

  2. 2 لَیۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ

    laisa leva'atiha kazibah

    Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

  3. 3 خَافِضَةࣱ رَّافِعَةٌ

    khafidah Rafia

    Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

  4. 4 إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجࣰّا

    iza rujet Al-ard rajjan

    (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

  5. 5 وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسࣰّا

    wabuste Al-jibaalu bassan

    Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

  6. 6 فَكَانَتۡ هَبَاۤءࣰ مُّنۢبَثࣰّا

    fakanat habaa munbathā

    Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

  7. 7 وَكُنتُمۡ أَزۡوَ ٰ⁠جࣰا ثَلَـٰثَةࣰ

    wa kuntum azwa kepercayaan ja salasa

    Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

  8. 8 فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَیۡمَنَةِ مَاۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَیۡمَنَةِ

    fa'ashab Al-Maimana Ashabu Al-Maimana

    Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

  9. 9 وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَاۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ

    Wa ashab Al-Masy'amati Ashabu Al-Masy'amati

    Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

  10. 10 وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ

    walsabikuun As-sabiqun

    Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

  11. 11 أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ

    ulaika Al-muqarrabun

    Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

  12. 12 فِی جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِیمِ

    fei Jannah An-Na'im

    (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

  13. 13 ثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِینَ

    tsullah min Al-awwalin

    (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

  14. 14 وَقَلِیلࣱ مِّنَ ٱلۡـَٔاخِرِینَ

    Wakil min Al-ākhirīna

    Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

  15. 15 عَلَىٰ سُرُرࣲ مَّوۡضُونَةࣲ

    Ala mauzunah

    (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

  16. 16 مُّتَّكِـِٔینَ عَلَیۡهَا مُتَقَـٰبِلِینَ

    muttakiina alaiha mutaqabilina

    Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

  17. 17 یَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ

    yatuufu alaihim weld kepercayaan nã mukhalladun

    Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

  18. 18 بِأَكۡوَابࣲ وَأَبَارِیقَ وَكَأۡسࣲ مِّن مَّعِینࣲ

    beakwabin wa a-ba-ri-ka Wakas min Ma'in

    Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

  19. 19 لَّا یُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا یُنزِفُونَ

    la yu-sed-a-un anha yun-zefun

    Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

  20. 20 وَفَـٰكِهَةࣲ مِّمَّا یَتَخَیَّرُونَ

    mimma yata khaiyarun

    Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

  21. 21 وَلَحۡمِ طَیۡرࣲ مِّمَّا یَشۡتَهُونَ

    walahmi thair mimma yashtuuna

    Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

  22. 22 وَحُورٌ عِینࣱ

    Wahur ain

    Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

  23. 23 كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ

    ka amsal Allului Al-Maknun

    Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  24. 24 جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

    jaza bima kanu ya'malun

    (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

  25. 25 لَا یَسۡمَعُونَ فِیهَا لَغۡوࣰا وَلَا تَأۡثِیمًا

    yasma'un fiha laghwa ta'tsiman

    Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

  26. 26 إِلَّا قِیلࣰا سَلَـٰمࣰا سَلَـٰمࣰا

    illa Kila salam salam

    Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

  27. 27 وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡیَمِینِ مَاۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡیَمِینِ

    Wa ashab Al-Yamin Ashabu Al-Yamin

    Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

  28. 28 فِی سِدۡرࣲ مَّخۡضُودࣲ

    fei sedr makhdud

    Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

  29. 29 وَطَلۡحࣲ مَّنضُودࣲ

    Watalh manzud

    Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

  30. 30 وَظِلࣲّ مَّمۡدُودࣲ

    Wazil Mamduud

    Dan naungan yang tetap terbentang,

  31. 31 وَمَاۤءࣲ مَّسۡكُوبࣲ

    wama maskub

    Dan air yang sentiasa mengalir,

  32. 32 وَفَـٰكِهَةࣲ كَثِیرَةࣲ

    kasira

    Serta buah-buahan yang banyak,

  33. 33 لَّا مَقۡطُوعَةࣲ وَلَا مَمۡنُوعَةࣲ

    la maktua mamnuah

    Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

  34. 34 وَفُرُشࣲ مَّرۡفُوعَةٍ

    vafurush marfu'ah

    Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

  35. 35 إِنَّاۤ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَاۤءࣰ

    Inna Ansha'nahunna Insya

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

  36. 36 فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا

    fajalnahunna abkaran

    Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

  37. 37 عُرُبًا أَتۡرَابࣰا

    uruban atraben

    Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

  38. 38 لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡیَمِینِ

    Lias-habi Al-Yamin

    (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

  39. 39 ثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِینَ

    tsullah min Al-awwalin

    Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

  40. 40 وَثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡـَٔاخِرِینَ

    wasulla min Al-ākhirīna

    Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

  41. 41 وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَاۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ

    Wa ashab Asy-Syimali Ashabu Asy-Syimali

    Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

  42. 42 فِی سَمُومࣲ وَحَمِیمࣲ

    fei samum Wahiim

    Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

  43. 43 وَظِلࣲّ مِّن یَحۡمُومࣲ

    Wazil min yahmum

    Serta naungan dari asap hitam,

  44. 44 لَّا بَارِدࣲ وَلَا كَرِیمٍ

    la barid Karim

    Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

  45. 45 إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ قَبۡلَ ذَ ٰ⁠لِكَ مُتۡرَفِینَ

    Innahum kanu kiblat dza kepercayaan leka mutrafina

    Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

  46. 46 وَكَانُوا۟ یُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِیمِ

    waa kaanuu yus-rru-na alai Al-Hinsi Al-Azim

    Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

  47. 47 وَكَانُوا۟ یَقُولُونَ أَىِٕذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابࣰا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ

    waa kaanuu yaqulun a-i-za Metna wa kunna turaban Waizama A inna lembe'uthun

    Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  48. 48 أَوَءَابَاۤؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ

    Awaabaauna Al-awwalun

    "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

  49. 49 قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِینَ وَٱلۡـَٔاخِرِینَ

    kul Inna Al-awwalin Wal aakhirina

    Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

  50. 50 لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِیقَـٰتِ یَوۡمࣲ مَّعۡلُومࣲ

    lamajmu'uun ila meykat yaum ma'lum

    "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

  51. 51 ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَیُّهَا ٱلضَّاۤلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ

    summa ayyuhā Adz-dzalluuna Al-mukazzibun

    "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

  52. 52 لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرࣲ مِّن زَقُّومࣲ

    leakiluna min syajar min Zaqqum

    Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

  53. 53 فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ

    Famaliun minha al-butun

    "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

  54. 54 فَشَـٰرِبُونَ عَلَیۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِیمِ

    fesyarebun alaihi mina Al-Hamim

    "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

  55. 55 فَشَـٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِیمِ

    fesyarebun Syrb Al-Him

    "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

  56. 56 هَـٰذَا نُزُلُهُمۡ یَوۡمَ ٱلدِّینِ

    haza nuzuluhum yaum ad-Din

    Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

  57. 57 نَحۡنُ خَلَقۡنَـٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ

    nahnu khalaqnakum Falolla tu-seddik-u-on

    Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

  58. 58 أَفَرَءَیۡتُم مَّا تُمۡنُونَ

    Afara'aitum ma tamnun

    (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

  59. 59 ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَـٰلِقُونَ

    aantum tahlukunahu am nahnu Al-khaliqun

    Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

  60. 60 نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَیۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِینَ

    nahnu kadarna bienkum al-mauta wama nahnu bimasbukina

    Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

  61. 61 عَلَىٰۤ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَـٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِی مَا لَا تَعۡلَمُونَ

    an nubeddila amsalakum Wenunsyiekum fei ma ta'lamuna

    (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

  62. 62 وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ

    Wa-lakd alimtumu An-nasy'ah Al-ula Falolla tazakkaruna

    Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

  63. 63 أَفَرَءَیۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ

    Afara'aitum ma tah-ru-thun

    Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

  64. 64 ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّ ٰ⁠رِعُونَ

    aantum tazra'unuhu am nahnu Alzha kepercayaan riun

    Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

  65. 65 لَوۡ نَشَاۤءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمࣰا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ

    Lau nesya lajal'nahu fazaltum tafakkuhun

    Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

  66. 66 إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ

    lamughramun

    (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

  67. 67 بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ

    nahnu mahrumun

    "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

  68. 68 أَفَرَءَیۡتُمُ ٱلۡمَاۤءَ ٱلَّذِی تَشۡرَبُونَ

    Afara'aytum Al-maa allazi Tasyrabuna

    Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

  69. 69 ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ

    aantum anzaltumuuhu mina Al-Muzni am nahnu Al-munzilun

    Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

  70. 70 لَوۡ نَشَاۤءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجࣰا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ

    Lau nesya Ja'alnaah ujaj Falolla tasykurun

    Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

  71. 71 أَفَرَءَیۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِی تُورُونَ

    Afara'aytum An-nar Al-lati torun

    Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

  72. 72 ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَاۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ

    aantum ansya'tum syajarataha am nahnu Al-Munsyiun

    Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

  73. 73 نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةࣰ وَمَتَـٰعࣰا لِّلۡمُقۡوِینَ

    nahnu Ja'alnaha wamataan Lil-muqwinin

    Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

  74. 74 فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِیمِ

    fasabbih besmi Rabik Al-Azim

    Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

  75. 75 ۞ فَلَاۤ أُقۡسِمُ بِمَوَ ٰ⁠قِعِ ٱلنُّجُومِ

    Uksimu bimova kepercayaan kye An-nujum

    Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

  76. 76 وَإِنَّهُۥ لَقَسَمࣱ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِیمٌ

    Wa innahu Lakasamun lau ta'lamuna azim

    Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

  77. 77 إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانࣱ كَرِیمࣱ

    Innahu laqur'anun

    Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

  78. 78 فِی كِتَـٰبࣲ مَّكۡنُونࣲ

    fei maknun

    Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

  79. 79 لَّا یَمَسُّهُۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ

    la yamussuhu illa Al-mutahharun

    Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

  80. 80 تَنزِیلࣱ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

    Tanzil min Rabbii Al-alamina

    Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  81. 81 أَفَبِهَـٰذَا ٱلۡحَدِیثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ

    A fa bi haza mudhinun

    Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

  82. 82 وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ

    Wa taj'alûna rizkakum anakum tukazzibun

    Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

  83. 83 فَلَوۡلَاۤ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ

    iza balaghati Al-hulkum

    Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

  84. 84 وَأَنتُمۡ حِینَىِٕذࣲ تَنظُرُونَ

    wa-antum hiniz tenzuruna

    Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

  85. 85 وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَیۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ

    Wa nahnu akrabu ilaihi minkum walakin la tubsirun

    Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

  86. 86 فَلَوۡلَاۤ إِن كُنتُمۡ غَیۡرَ مَدِینِینَ

    in Ghaira Madinina

    Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

  87. 87 تَرۡجِعُونَهَاۤ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِینَ

    tarji-unaha in Sadiqina

    Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

  88. 88 فَأَمَّاۤ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِینَ

    in kana mina Al-muqarrabīna

    Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

  89. 89 فَرَوۡحࣱ وَرَیۡحَانࣱ وَجَنَّتُ نَعِیمࣲ

    Faruh Waraihan Wa jannatu Na'im

    Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

  90. 90 وَأَمَّاۤ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡیَمِینِ

    in kana Ashabi Al-Yamin

    Dan jika ia dari puak kanan,

  91. 91 فَسَلَـٰمࣱ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡیَمِینِ

    feselaam laka Ashabi Al-Yamin

    Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

  92. 92 وَأَمَّاۤ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِینَ ٱلضَّاۤلِّینَ

    in kana mina Al-mukazzibin Adz-dzaalliin

    Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

  93. 93 فَنُزُلࣱ مِّنۡ حَمِیمࣲ

    fanuzul

    Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

  94. 94 وَتَصۡلِیَةُ جَحِیمٍ

    Wa tasliyatu Jahim

    Serta bakaran api neraka.

  95. 95 إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡیَقِینِ

    Inna haza lahuwa Hakku Al-Yaqīni

    Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

  96. 96 فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِیمِ

    fasabbih besmi Rabik Al-Azim

    Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

This surah in other languages