Goddestination

Ar-Rahmaan

Ar-Rahman

Yang Maha Pemurah

78 ayahsMedinanBahasa Melayu

Now playing Watch on YouTube

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

Bismi Allah ar-rahmani Ar-Rahim

  1. 1 ٱلرَّحۡمَـٰنُ

    ar-rahmanu

    (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

  2. 2 عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ

    allama al-qur'ana

    Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

  3. 3 خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ

    khalak Al-insan

    Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

  4. 4 عَلَّمَهُ ٱلۡبَیَانَ

    allamahu Al Bayana

    Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

  5. 5 ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانࣲ

    Asy-syamsu Wal-kamaru beh-hus-baan

    Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

  6. 6 وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ یَسۡجُدَانِ

    Wan-najmu Wal asy-syajaru yasjudani

    Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

  7. 7 وَٱلسَّمَاۤءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِیزَانَ

    Wal-sama rafaha vovaza Al-Mizan

    Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

  8. 8 أَلَّا تَطۡغَوۡا۟ فِی ٱلۡمِیزَانِ

    Alla tatghova fei Al-Mizan

    Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

  9. 9 وَأَقِیمُوا۟ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُوا۟ ٱلۡمِیزَانَ

    wa kíimu al-wazn toksiru Al-Mizan

    Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

  10. 10 وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ

    Wal-ard wad-ah-ha Lil-anami

    Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

  11. 11 فِیهَا فَـٰكِهَةࣱ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ

    fiha fakita Wal-nakhl-u zat Al-akmami

    Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

  12. 12 وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّیۡحَانُ

    Walhabbu zu Al-asfi Wal-rayhanu

    Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

  13. 13 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  14. 14 خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلࣲ كَٱلۡفَخَّارِ

    khalak Al-insan min salsal kalfakhari

    Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

  15. 15 وَخَلَقَ ٱلۡجَاۤنَّ مِن مَّارِجࣲ مِّن نَّارࣲ

    wa-kha-la-ka Al-Janna min Marij min Naar

    Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

  16. 16 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  17. 17 رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَیۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَیۡنِ

    Rabbu Al-masyriqain Wa rabbu Al-Maghribayn

    (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

  18. 18 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  19. 19 مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ یَلۡتَقِیَانِ

    Maraja Al-Bahrain yaltiqiyani

    Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

  20. 20 بَیۡنَهُمَا بَرۡزَخࣱ لَّا یَبۡغِیَانِ

    bainahuma Barzakh la yabghiyani

    Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

  21. 21 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  22. 22 یَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

    yakhruju minhuma Allulluu Al-marjaanu

    Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

  23. 23 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  24. 24 وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِی ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَـٰمِ

    Wallahu Al-jawaari Al-munsyiaatu fei Al-bahri Kaelaelami

    Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

  25. 25 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  26. 26 كُلُّ مَنۡ عَلَیۡهَا فَانࣲ

    kullu alaiha fan

    Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

  27. 27 وَیَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

    waybaqa Wajhuh Rabik zu Al Jalaali Wal-ikram

    Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

  28. 28 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  29. 29 یَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ یَوۡمٍ هُوَ فِی شَأۡنࣲ

    yas-aluhu mēn fei As-samawa kepercayaan te kulla yaum hu fei

    Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

  30. 30 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

  31. 31 سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَیُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

    sanefrughu lakum ayya As-saqalāni

    Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

  32. 32 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  33. 33 یَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُوا۟ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُوا۟ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنࣲ

    Yaa masyara Al-Jinn wal-ins Ini istata'tum an tanfuzu aktari As-samawa kepercayaan te Wal ardi fanfuzuhu tanfuzun illa Bisultan

    Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

  34. 34 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  35. 35 یُرۡسَلُ عَلَیۡكُمَا شُوَاظࣱ مِّن نَّارࣲ وَنُحَاسࣱ فَلَا تَنتَصِرَانِ

    yursalu alaikuma syuaẓ min Naar Wanuhaas fala tantasiran

    Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

  36. 36 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  37. 37 فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَاۤءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةࣰ كَٱلدِّهَانِ

    feidza Insyakati As-samaa fakanat Wardah kal dhan

    Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

  38. 38 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  39. 39 فَیَوۡمَىِٕذࣲ لَّا یُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦۤ إِنسࣱ وَلَا جَاۤنࣱّ

    fayumiz la yusalu an zanbihi Ins Jan

    Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

  40. 40 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  41. 41 یُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِیمَـٰهُمۡ فَیُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَ ٰ⁠صِی وَٱلۡأَقۡدَامِ

    yu'rafu Al-muj-ri-mu-na Besimahum fayukhazu Bil-nawa kepercayaan sei Wal al-aqdam

    Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

  42. 42 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  43. 43 هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِی یُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ

    hazih Al-lati yukazzibu beha Al-muj-ri-mu-na

    (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

  44. 44 یَطُوفُونَ بَیۡنَهَا وَبَیۡنَ حَمِیمٍ ءَانࣲ

    yatuufuun bainaha webaina Hameem an

    Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

  45. 45 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  46. 46 وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

    khaf makam Jannatani

    Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

  47. 47 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  48. 48 ذَوَاتَاۤ أَفۡنَانࣲ

    Zawata Afnan

    (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

  49. 49 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  50. 50 فِیهِمَا عَیۡنَانِ تَجۡرِیَانِ

    fehima ainyan Tajriyani

    Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

  51. 51 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

  52. 52 فِیهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةࣲ زَوۡجَانِ

    fehima min kulli zaujani

    Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

  53. 53 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  54. 54 مُتَّكِـِٔینَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَاۤىِٕنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقࣲۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَیۡنِ دَانࣲ

    Muttakina Ala furush bataainuha istabrak Wajanai Al-jannataini dan

    Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

  55. 55 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  56. 56 فِیهِنَّ قَـٰصِرَ ٰ⁠تُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ یَطۡمِثۡهُنَّ إِنسࣱ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَاۤنࣱّ

    Fehinna kasir kepercayaan t Al-Tarfi lam yatmithunna Ins kablehum Jan

    Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

  57. 57 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  58. 58 كَأَنَّهُنَّ ٱلۡیَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

    ka'annahunna Al yaqut Al-marjaanu

    Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

  59. 59 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  60. 60 هَلۡ جَزَاۤءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ

    hel jezau Al-ihsani illa Al-ihsanu

    Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

  61. 61 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  62. 62 وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

    vamin dunhema Jannatani

    Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

  63. 63 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  64. 64 مُدۡهَاۤمَّتَانِ

    Mudhāmmatānī

    Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

  65. 65 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  66. 66 فِیهِمَا عَیۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ

    fehima ainyan Nazzakhatani

    Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

  67. 67 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  68. 68 فِیهِمَا فَـٰكِهَةࣱ وَنَخۡلࣱ وَرُمَّانࣱ

    fehima fakita Wenakhlu Wurman

    Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

  69. 69 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  70. 70 فِیهِنَّ خَیۡرَ ٰ⁠تٌ حِسَانࣱ

    Fehinna Khair kepercayaan tuh hisan

    Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

  71. 71 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  72. 72 حُورࣱ مَّقۡصُورَ ٰ⁠تࣱ فِی ٱلۡخِیَامِ

    hur Makṣūr kepercayaan fei Al-Khiyam

    Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

  73. 73 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  74. 74 لَمۡ یَطۡمِثۡهُنَّ إِنسࣱ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَاۤنࣱّ

    lam yatmithunna Ins kablehum Jan

    (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

  75. 75 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  76. 76 مُتَّكِـِٔینَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرࣲ وَعَبۡقَرِیٍّ حِسَانࣲ

    Muttakina Ala Rafrafin Wa abkariyyin

    Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

  77. 77 فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    fe-bei-yi Ala'i rabbikuma tukazzibani

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  78. 78 تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِی ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

    Tabaraka ismu Rabik zi Al Jalaali Wal-ikram

    Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

This surah in other languages